• Info Pasemboq

    Khamis, 30 Mac 2017

    Nasihat Jack Ma Kepada Generasi Muda


    Nasihat Jack Ma Kepada Generasi Muda

    Jack Ma atau nama sebenarnya Ma Yun, merupakan seorang usahawan dari China yang merupakan Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Alibaba Group - sebuah perniagaan berasaskan internet dengan nilai kekayaan mencecah $29.5 Billion (pada 30/3/2017).
    Rujukan dari Wikipedia & Forbes.

    Dalam satu temuramah bersama KBS1, stesen televisyen Korea Selatan pada Mei 2015, Jack Ma telah memberikan beberapa nasihat kepada golongan muda.

    Sebelum berusia 20 tahun – Jadi Seorang Murid
    Jika ingin menjadi usahawan, jadilah seorang murid yang baik dan dapatkan pengalaman. Ini nasihat saya pada generasi muda yang berumur 25 tahun, buatlah seberapa banyak kesilapan, jangan takut. Jika terjatuh, bangun semula. Jika tersadung, melangkah semula. Anda baru 25 tahun, nikmati kehidupan ini.

    Sebelum berusia 30 tahun – Dapatkan Mentor
    Pergilah bekerja di sebuah syarikat yang kecil. Kebiasaannya, dalam sebuah syarikat yang besar, ianya bagus untuk mempelajari proses yang mana dalam proses ini, anda adalah sebahagian dari sebuah mesin yang besar. Tetapi jika anda bekerja di sebuah syarikat yang kecil, anda akan belajar tentang semangat, tentang menggapai impian serta melakukan pelbagai perkara dalam satu masa. Jadi, sebelum umur 30 tahun, ia bukan syarikat mana yang anda pergi, tetapi bos (mentor) mana yang anda ikut. Seorang bos (mentor) yang baik mengajar anda dengan cara yang berbeza.

    Antara usia 30 hingga 40 tahun – Tetapkan Pendirian
    Pada usia ini anda perlu berfikir dengan jelas akan matlamat anda. Anda perlu bekerja untuk diri sendiri jika benar-benar ingin menjadi seorang usahawan.

    Antara usia 40 hingga 50 tahun – Lakukan Perkara Yang Anda Mahir
    Pada usia ini anda harus melakukan perkara yang anda benar-benar mahir. Jangan cuba melompat melakukan perkara baru yang anda kurang pengetahuan kerana ianya sudah terlambat. Anda mungkin boleh berjaya, namun kadar untuk gagal lebih tinggi.

    Apabila antara usia 50 hingga 60 tahun – Bekerja Untuk Anak-anak Muda
    Bekerjalah dengan anak-anak muda kerana mereka mampu melakukan perkara yang anda tidak lagi mampu lakukan. Bergantung kepada mereka dan melaburlah untuk menjadikan mereka lebih baik.    

    Pada usia 60 tahun – Berehat/Bersara
    Setelah menjengah usia 60 tahun, mulalah berehat dan bersara dari bekerja. Habiskan masa untuk diri sendiri. Bersantai-santai di tepi pantai misalnya, kerana pada usia ini sudah terlewat untuk berubah.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Iklan

    Iklan

    Iklan