• Info Pasemboq

    Isnin, 1 Februari 2016

    Allah yang Mendengar dan Memberi


    Pagi ini aku berhajat untuk bersarapan nasi lemak. Sementara aku bersiap untuk keluar, sempat juga aku berfikir sendiri... di kawasan tempat tinggal ku ini tidak ada kedai yang menyediakan nasi lemak bungkus siap. Hanya mereka yang menjaja di tepi jalan atau taman-taman sahaja yang biasanya menjual nasi lemak bungkus siap. Di kedai (yang juga tak berapa banyak ada sekitar tempat ku) hanya menjual dalam pinggan atau oqhang utaqha kata taruh ataih.

    Salah satu sebab aku lebih menggemari nasi lemak bungkus siap mungkin kerana rasanya yang lebih sedap (bagi aku), mudah... ambil dan makan serta yang paling utama adalah kerana untuk orang beskala besar seperti aku sememangnya dua bungkus diperlukan.. hahaha (nak ambil 3 malu). Secara teorinya...cewahh... sememangnya makan hidang dalam pinggan akan lebih banyak (harga pun lebih). Cumanya, kadangkala dalam pinggan itu agak sikit (ingat lagi tentang 2 bungkus di atas..hehe), nak ditambah lebih pula..segan. Jadinya aku akan berasa kurang kepuasan disitu...tak feel oqhang tanjung kata.

    Dalam asyik mengelamun itu akupun tiba di kedai untuk sarapan. Namun kata-kata dari pelayan di kedai tersebut sedikit mengecewakanku.

    "tinggal nasi sama sambal saja bang, yang lain dah habis"

    Malas nak ke kedai lain dah...lagipun dah agak lewat untuk aku cari kedai lain kerana ketika itu jam sudah lebih 10 pagi, maka akupun redha sajalah makan nasi lemak dan sambal bilis sahaja (tanpa timun dan telur). Ketika pinggan yang sudah diletakkan nasi dihulur..pelayan bertanya "cukup tak nasi ni bang?" Dan seperti biasanya aku hanya mengangguk sahaja. 

    Belum sempat aku meletakkan sambal ke dalam pinggan tersebut, pelayan berbunyi lagi "tinggal ini saja nasi ni, abang habiskan semualah ya" sambil menunjukkan semangkuk nasi lemak kepadaku. Tauke kedai pun ikut sampuk "habiskanlah bang, saya tak kira yang tu". Walaupun ada sedikit tersentap (siiiiiikitttlaaaa) di hati, mentang-mentangla aku gomok, suka suki ja nak suruh habiskan, namun aku terima sahaja dengan senyuman. Rezeki jangan ditolak kan kan kan...haha.

    Alhamdulillah...selesai menjamu selera dengan perut yang terasa kenyang yang amat, akupun bergerak ke kereta untuk pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang..aku teringat akan lamunan aku pagi tadi yang berasakan tak puas atau tak kenyang kalau makan nasi lemak hidang. Lantas ku tersenyum sendirian. Masyaallah...sesungguhnya Dialah yang maha mendengar. Baru ku tersedar, sesungguhnya fikiranku yang berasa tidak cukup telah Allah balas dengan memberi nasi tambah kepadaku tadi.

    Terasa malu pula diriku kerana bersikap seperti tidak bersyukur dengan rezeki Allah. Mujur Allah memberi peluang kepadaku untuk menyedari akan kesilapanku itu.



    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Iklan

    Iklan

    Iklan