• Info Pasemboq

    Selasa, 11 April 2017

    Rokok Oh Rokok

    (Gambar Ehsan Google)



    Kisah ini merupakan pengalaman aku sekitar 6 tahun yang lalu. Sengaja aku sampaikan semula sekadar kenangan.

    April 2011
    Seperti kebiasaan, semenjak bekerja di Bukit Mertajam, aku kerap jugala singgah makan tengah hari di sebuah restoren mamak pada tiap Jumaat kerana berdekatan dengan masjid. Ketika menjejakkan kaki ke dalam restoren, sempat jugala aku 'terjeling' pada seorang gadis cantik yang sedang berdiri di kaunter pembayaran.

    Disaat sedang 'menyantap' nasi beriani yang terhidang depan mata, sekali-sekala aku mencuri pandang jua ke arah kaunter pembayaran tersebut. Ya..aku akui gadis itu agak cantik, ditambah pula dengan pakaian yang agak kecil (mungkin pinjam baju adik), namun bukan itu yang sangat menarik perhatianku sebenarnya (percaya tak..percaya tak?).

    Yang menimbulkan tanda tanya di benak fikiranku ini ialah, selama bertahun-tahun pengalaman aku menjejakkan kaki ke restoren mamak ini, belum pernah perempuan menjadi cashier apatah lagi yang cantik dan tidak pula mengenakan uniform rasmi 'bunga-bunga' pekerja restoren tersebut. Timbul satu misteri dihatiku pada ketika itu...jeng...jeng..jeng.

    Tidak berapa lama misteri itu berlegar-legar dalam otakku, muncul seorang pemuda luar negara beruniform 'bunga-bunga' mengambil tempatnya di kaunter pembayaran, manakala gadis tersebut terus berdiri di sebelahnya. Sahih lagi sah...itulah cashier sebenarnya. Jadi siapakah gadis itu?

    Hasil teknik risikan, pandang-pandang, jeling-jeling sambil dicover dengan kunyahan ayam goreng saiz gajah, aku akhirnya berjaya merungkai misteri keberadaan beliau disitu apabila melihatkan kotak yang ditunjukkan pada setiap pelanggan yang ingin membuat pembayaran di kaunter.

    Aku menepuk dahi (melalui teknik bayangan gurauan) seraya berkata dengan kuat uiiiinaaaa.. (di dalam hati), sampai begitu sekali teknik pemasaran yang digunakan untuk mendapat perhatian pelanggan. Aku kurang periksa (sebab dah lama tak sekolah) samada ianya berkaitan dengan pengumuman kenaikan harga rokok oleh kerajaan pada ketika itu ataupun sekadar promosi biasa oleh syarikat rokok untuk produk terbaru mereka. Walaubagaimanapun pandangan aku lebih berat kepada kesan kenaikan harga kerana rokok antara spesis barang yang mudah dijual tanpa promosi gah (produk rokok dan arak telah tidak dibenarkan penyiarannya di kaca televisyen Malaysia).

    Itu adalah kenyataan bro. Sudah terang lagi berlighter, mana ada produk beracun lain seperti ubat nyamuk, ubat gegat, baygon dan lain-lain yang dilabelkan membahayakan kesihatan disedut dan dihisap secara sukarela?.

    Hampir semua kenalanku yang merokok, rata-rata menghabiskan sekurang-kurangnya 2 kotak rokok sehari dengan kadar harga RM10 sekotak (pada ketika itu dan aku tidak periksa berapakah kadar harga terkini). Ini bermakna mereka telah menghabiskan lebih kurang RM20 sehari atau RM600 sebulan hanya untuk mebakar racun dan sedut. (Pengiraan ini adalah berdasarkan harga lepasan kastam dan bukan seludup ya). Majoriti perokok-perokok tegar ini pula biasanya akan lepak di kedai-kedai makan sambil hisap rokok sambil berdiskusi sesama mereka akan masalah barang mahal, tol naik harga, tak mampu kumpul deposit rumah dan berakhir dengan gagal mencari jalan penyelesaian serta pulang kerumah dengan meninggalkan kotak rokok kosong di meja.

    Jika perbelanjaan rokok itu digantikan dengan simpanan, paling tidak pun RM400 sebulan sudah mampu mencecah hampir RM5000 setahun. Berapa ramai antara kita yang mampu menyimpan RM5000 setahun?

    Jika ingin hasil yang lebih boleh laburkan ke instrumen pelaburan yang sah seperti Tabung Haji, Saham Amanah ataupun membeli emas. Walaupun aku sebut institusi pelaburan yang sah - Toto, Magnum dan sebagainya tidak termasuk kategori pelaburan ya tuan-puan. Ianya lebih kepada peleburan. (sah tidak bermakna halal).

    Oklah, dah panjang berjela ni. Akupun tak pasti aku ingin sampaikan tentang rokok atau amalan menabung. Apa-apa hal pun, sesusah manapun kita, jika ada keazaman dan usaha yang gigih, Insya Allah anda mampu menyimpan. Banyak atau sikit tidak penting, yang penting simpanan untuk masa hadapan terutamanya yang masih muda belia.

    Setelah menyedut saki baki teh ais ku (teh ya bukan rokok), akupun bergerak ke kaunter pembayaran. Seperti diduga, aku turut dipromosikan sekotak rokok yang akupun dah lupa apa jenamanya (tidak aku pedulikan sangat pun ketika itu). Cuma kedengaran seperti gadis itu menyebut keluaran terbaru dan lebih sedap ka apatah camtulah lebih kurang.

    Dengan bongkaknya aku sekadar mengangkat telapak tangan kiriku kepada gadis tersebut sambil menghulurkan wang kertas warna merah yang bakal bakinya cuma beberapa puluh sen kepada cashier. Kejadian baki seperti ini boleh dikurangkan jika makan di kedai melayu. Jadi janganlah makan di restoren mamak (errr...maksud aku jangan selalu-selalu hehe). 

    Namun cashier tersebut berjaya menarik perhatianku apabila dia berkata kepada gadis tersebut, "abang ni tak hisap rokok". Aku hanya tersenyum seperti kambing sambil berlalu ke Honda dua rodaku yang setia menanti. Ternyata cashier itu juga mengamalkan teknik risikan pandang-pandang, jeling-jeling yang aku aplikasikan pada awal tadi memandangkan aku antara regular customer

    p/s: disaat memulas kunci honda ku itu, sempat jua aku menjeling-jeling karipap gajah yang dijual hadapan restoren.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Iklan

    Iklan

    Iklan