• Info Pasemboq

    Jumaat, 25 November 2016

    Kisah Katak dan Kala Jengking


    Seekor kala jengking ingin menyeberangi sungai, namun ia tidak pandai berenang. Ketika sedang berjalan di pinggir sungai tersebut, terlihat olehnya akan seekor katak. Lalu si jengking pun meminta bantuan si katak untuk membawanya menyeberangi sungai.

    Si katak berasa ragu-ragu akan permintaan itu. Katak bimbang sekiranya si jengking menyengat tubuhnya dan dia akan mati. Si kala jengking meyakinkan katak bahawa ia tidak akan menyengat katak, kerana jika ia berbuat demikian, ia akan turut lemas di tengah sungai itu. Namun katak masih tidak puas hati dan bertanya bagaimana jika jengking menyengatnya setelah mereka mendarat di seberang sungai?. Si jengking meyakinkan katak, bahawa tidak mungkin ia akan berbuat jahat setelah menerima kebaikan dari si katak.

    Setelah berasa yakin dan kasihan dengan pujuk rayu si jengking, maka katak pun bersetuju. Namun malangnya, di pertengahan sungai terbabit, si jengking yang jahat telah menyengat si katak. Terperanjat akan perbuatan si jengking, si katak sempat bertanya mengapa ia berbuat demikian? Jawap si jengking, memang sudah lumrah sifatku begini. Akhirnya, si katak yang kesakitan pun tenggelam bersama-sama si jengking dalam sungai itu dan kedua-duanya pun  mati.

    Renungan:
    Setiap insan seharusnya menepati janji. Sikap tidak menepati janji tidak menguntungkan sesiapa bahkan akan membawa kebencian orang serta kemurkaan Allah. Kita juga harus berwaspada dengan siapa kita ingin percayai. Bersangka baik itu bagus, namun bersangka baik yang disertai waspada itu jauh lebih baik.



    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Iklan

    Iklan

    Iklan