• Info Pasemboq

    Jumaat, 2 Disember 2016

    Mengapa Orang Asia Tidak Memakai Kasut Di Dalam Rumah


    Bagi mereka yang bukan berasal dari Asia, antara perkara yang bakal dipelajari ketika melancong di Asia adalah - Tidak dibenarkan memakai kasut di dalam rumah. Ya.. ini ialah kerana secara logiknya, kasut yang menjejak tanah serta persekitaran lain di luar rumah, menyebabkan pelbagai kotoran serta bakteria terlekat padanya. Sudah semestinya ianya adalah sesuatu yang menjijikkan.

    Menurut kajian pada tahun 2008 oleh Universiti Arizona, terdapat kira-kira 421,000 jenis bakteria yang boleh melekat pada kasut. 96% daripada kasut yang terlibat dalam kajian ini didapati mempunyai koliform - sejenis bakteria yang terdapat pada najis manusia dan haiwan. Selain itu, 27% darinya turut mempunyai virus E-Coli bersama 7 jenis bakteria. Antaranya ialah Klebsiella Pneumoniae, bakteria yang menyebabkan jangkitan pada saluran kencing dan Serratia Ficaria, bakteria yang menyebabkan jangkitan pernafasan. 

    Dr Charles Gerba, ahli mikrobiologi dari Universiti Arizona menjelaskan:

    "Punca (96%) dari koliform dan virus E-Coli pada bahagian luar kasut menandakan kekerapan bersentuhan dengan bahan najis, yang kemungkinan besar dibawa ketika menjejakkan kasut di tandas awam atau terpijak najis haiwan di luar rumah. Kajian kami juga menunjukkan bahawa bakteria tersebut boleh melekat walaupun dalam perjalanan yang jauh sehingga dibawa ke dalam rumah atau ruang peribadi."

    Memakai kasut di dalam rumah boleh menjadi punca perpindahan 90-99% bakteria daripada kasut ke lantai rumah anda. Jika itu tidak cukup menjijikkan anda; lantai tandas awam mempunyai lebih kurang 2 juta bakteria per inci persegi. 

    Kelly Reynolds, mikrobiologi dan profesor di Universiti Arizona menyatakan:

    "Kita berjalan dengan memijak pelbagai kotoran seperti najis burung, anjing dan kuman pada lantai tandas awam yang semuanya adalah sumber kepada E-Coli."

    "Fikirkan tentang tentang air hujan yang mengalir di jalan. Ia boleh mengandungi gas dan bahan kimia yang apabila bersentuhan dengan kasut anda, akan dibawa pulang ke rumah."

    Terdedah kepada bahan kimia dan toksik secara berulang-ulang sepanjang hayat bakal membawa kepada kemudaratan tahap kesihatan.

    Untuk itu kepada warga Asia sekalian, berbanggalah dengan budaya kita. Tidak perlu berasa malu atau ketinggalan zaman jika dipandang serong masyarakat asing. Sesungguhnya kesihatan itu adalah sesuatu yang amat bernilai dan tidak terharga sekali.

    Dipetik dan diubahsuai dari Why Asians Never Wear Shoes in the House

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Iklan

    Iklan

    Iklan